Pusat Bantu Kurangkan Hutang P.Pinang, Lim Guan Eng Pula Sibuk Claim Kredit

Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 2 April 2018

Bayangkan anda adalah seorang ahli perniagaan yang sedang mengalami masalah dan telah menanggung pelbagai hutang berjumlah sehingga RM700,000.

Walau bagaimanapun, anda mempunyai sebuah rumah yang anda diami yang bernilai RM655,000.

Nasib anda baik kerana anda mempunyai bapa saudara yang sukakan anda dan ingin membantu anda melangsaikan hutang anda.

Anda kemudian menjual rumah anda kepada bapa saudara anda itu pada harga RM655,000. Memandangkan anda kini tiada tempat untuk tinggal, anda mahu terus tinggal di rumah itu.

Memahami keadaan anda, bapa saudara anda bersetuju untuk menandatangani perjanjian sewa jangka panjang dengan anda selama 45 tahun dengan sewa bulanan hanya RM1,214 sebulan yang mana sewa tahunan berjumlah sehingga RM14,560.

Bapa saudara anda kemudian memberi anda syarat bahawa jika anda membayar sewa anda pada masa yang ditetapkan, selepas 45 tahun beliau akan memindahkan rumah itu kembali kepada anda kerana:
45 X RM14,560 = RM655,000.

Tetapi tunggu dahulu.. ini adalah seorang bapa saudara yang hebat yang mana beliau bahkan memberi hadiah kepada anda sebanyak RM1.2 juta untuk mengembangkan perniagaan anda yang sedang bermasalah itu.

Seorang bapa saudara yang sangat bagus, bukan?

Cerita di atas sebenarnya berlaku kepada Kerajaan Pulau Pinang pada tahun 2011.

Beberapa hari yang lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menulis mengenai apa yang telah dilakukan DAP dalam sepuluh tahun mereka memerintah Pulau Pinang dan berkata:

“Pencapaian terbaik kami (Kerajaan DAP Pulau Pinang) adalah kami telah berjaya mengurangkan hutang kami untuk menjadi negeri dengan hutang terendah di negara ini. Hutang semasa kami adalah sekitar RM65 juta berbanding RM600 juta hingga RM700 juta sebelum ini,” menurut Guan Eng.

Saya memberitahu anda bahawa menakjubkannya, Guan Eng berkata sesuatu yang benar kali ini.

Walau bagaimanapun, apa yang Guan Eng tidak memberitahu anda ialah bagaimana hutang itu berkurangan.

Pada 1 Jun 2011, Kerajaan Persekutuan BN membantu Pulau Pinang menstruktur semula hutang infrastruktur airnya dengan menukarkan pinjaman tertunggak RM655 juta kepada pembayaran pajakan tahunan selama 45 tahun sebanyak RM14.55 juta setahun.

Sebagai balasan, Kerajaan Pulau Pinang harus menyerahkan aset air bernilai jumlah ini kepada Kerajaan Persekutuan yang kemudiannya akan mengembalikan aset tersebut kepada Kerajaan Pulau Pinang selepas tempoh 45 tahun itu.

Di samping itu, Kerajaan Persekutuan juga memberikan geran bebas RM1.2 bilion kepada Pulau Pinang untuk memperluas empangan Mengkuang mereka.

Guan Eng sangat gembira dengan bantuan Kerajaan Persekutuan pada masa itu dan malah mengeluarkan kenyataan untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan: https://tinyurl.com/y8x6b46w

Tindakan penstrukturan semula air ini sebenarnya bermula di bawah kerajaan negeri BN sebelum DAP mengambil alih pada 2008.

DAP hanya meneruskan prosesnya dan kemudian tanpa rasa malu bercakap mengenai pengurangan 95% hutang negeri ini.

Bayangkan bahawa “pencapaian terbaik” yang diiktiraf sendiri oleh DAP Pulau Pinang sebenarnya telah dimungkinkan oleh Kerajaan BN Pulau Pinang sebelum itu dan Kerajaan Persekutuan semasa – namun mereka terus mengakui ia adalah kerana mereka untuk mengelirukan rakyat Pulau Pinang selama bertahun-tahun.

Tidak dapat menerima bahawa DAP tanpa malu mengambil kredit untuk ini, BNSC telah menyerang Kerajaan DAP Pulau Pinang tahun lalu sehingga mereka terpaksa mengakui bahawa ia adalah Kerajaan Persekutuan yang telah membantu mengurangkan hutang Negeri mereka.

Baca: Guan Eng akui pengurangan hutang Pulau Pinang dimungkinkan dengan bantuan Kerajaan Persekutuan https://tinyurl.com/ycpkp863

Jadi kenapa kerajaan Persekutuan telah membantu Pulau Pinang?

Tidak seperti Tun Mahathir yang telah menafikan Kelantan dana untuk memodenkan infrastruktur air mereka selama beberapa dekad hanya kerana Kelantan berada di bawah pembangkang PAS, Kerajaan BN hari ini di bawah PM Najib tidak sekejam itu atau berkira seperti itu.

Malah selain Pulau Pinang, kerajaan Najib juga menyediakan berbilion-bilion untuk membantu menstrukturkan semula dan menaik taraf operasi air negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang iaitu Selangor pada tahun 2014 (sehingga RM9.45 bilion) dan Kelantan pada 2016.

Link asal artikel:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.