Punggah 3 Guni Pil Kuda

KOTA BHARU – Seorang penyeludup yang mengambil upah di antara RM300 hingga RM400 untuk menyeludup dadah bernilai RM4.7 juta menyesal tak sudah apabila dia diberkas ketika sedang memunggah tiga guni pil kuda dalam kejadian di Sungai Golok, Rantau Panjang di sini Khamis lalu.

Lelaki berusia 50 tahun tersebut diberkas pada pukul 7.15 malam oleh sepasukan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa yang membuat serbuan sebaik menerima maklumat.

Pemandu bot penambang itu dipercayai menerima upah daripada satu sindiket dadah untuk menyimpan 474,000 biji pil kuda berkenaan di sebuah rumah di tebing sungai tersebut sebelum diedarkan kepada pembekal di Kelantan dan Terengganu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, berdasarkan soal siasat, suspek mengaku menerima upah berkenaan daripada satu sindiket untuk menyeludup dadah dari Thailand ke Kelantan.Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.