Ambil Masa 6 Bulan Bina Rumah Kartun Malaysia

KUALA LUMPUR – Untuk menubuhkan sebuah Rumah Kartun yang menghimpunkan ratusan karya kartunis bukan satu kerja mudah.

Menurut penaung Rumah Kartun dan Komik Malaysia, Datuk Akmar Hisham Mokhles proses untuk menyediakan rumah tersebut bukan mudah dan mengambil masa yang lama.

“Untuk dapatkan rumah ini kita terpaksa berusaha selama 6 bulan dan sebelum mendapat tempat ini kita cuba dapatkan beberapa tempat yang lain namun tidak mudah.

“Kita cuba cari sehingga ada tempat kosong di taman Botani Peerdana ini,” katanya ketika majils pelancaran Rumah Kartun dan Komik Malaysia.

Dalam pada itu, beliau turut berkata bahawa dalam memilih kawasan ini merupakan satu keputusan yang pelik kerana lokasi Rumah Kartun ini.

“Secara logiknya rumah kartun berasa sangat pelik di sini sebab ini merupakan kawasan taman dan yang dipamerkan di sini ialah herba-herba dan macam mana kita sulamkan di antara herba dan kartun dan perkara ini tidak mudah,” ujarnya.

Dalam pada itu, galeri ini mengumpul lebih 500 karya seawal tahun 30-an dari 60 kartunis termasuk naskhah asal lakaran tangan beberapa tokoh besar dalam landskap kartun tanah air iaitu Allahyarham Jab Had (Rejabhad), Zainal Buang Hussein dan Jaafar Taib turut dipamerkan.

Dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang manakala pada hujung minggu dan cuti umum akan dilanjutkan ke pukul 5 petang dengan bayaran masuk RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.