Video: Penyokong Bola Sepak Merusuh, 2 Cedera Di Selayang Malam Tadi

SELAYANG – Sekurang-kurangnya dua penyokong pasukan bola sepak didapati tercedera ketika kekecohan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, disini, malam tadi.

 

Kekecohan itu timbul sebaik saja selepas selesai perlawanan suku akhir kedua Piala FA membabitkan Kuala Lumpur dan Perak.

 

 

Insiden dipercayai berpunca daripada tindakan sekumpulan penyokong yang membaling batu dari luar ke tempat duduk penonton berada di dalam stadium.

 

Selain itu, letupan mercun dan bunga api turut kedengaran berhampiran tempat duduk penyokong Perak beberapa minit sebelum perlawanan berakhir.

 

Situasi ini menyebabkan penyokong di tempat duduk pelawat panik dan keadaan itu berterusan hinggalah wisel penamat dibunyikan.

 

Seorang penyokong Perak yang enggan dikenali mendakwa penyokong tuan rumah membaling batu kepada mereka selepas mereka keluar dari perkarangan stadium.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.