Video: Budaya Punk Warnai Himpunan Anti-GST

KUALA LUMPUR – Para penunjuk perasaan mengunakan budaya punk dalam Himpunan anti-GST hari ini.

 

Tinjauan yang dilakuakan mendapati ada di kalangan peserta yang membawa poster dengan menggunakan karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang diilhamkan oleh aktivis Fahmi Reza.

 

Malah, ada juga yang memakai pakaian yang tertera imej ‘Kita Semua Penghasut’ di himpunan anti-GST hari ini.

 

 

Selain kemeja T, turut kelihatan peserta yang memakai penutup mulut yang tertera imej tersebut.

 

Kempen ‘Kita Semua Penghasut’ dicetuskan aktivis Fahmi Reza bagi menyatakan bantahan kepada kerajaan terutama dakwaan kerajaan yang bertindak ‘menutup mulut’ pihak yang menyuarakan kritikan.

 

Turut kelihatan adalah poster Najib yang mengikut konsep muka depan album single kugiran dari Britain, Sex Pistol bertajuk ‘God save the queen’.

 

Menggantikan teks tersebut adalah perkataan ‘Failed’ dan ‘the joke is all on us’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.