Video: Tun Mahathir Tercungap-Cungap Ketika Demo Anti GST

KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghadiri himpunan jalanan anti GST hari ini dilihat tercungap-cungap ketika berucap di himpunan tersebut.

 

Tun Mahathir sebelum itu terpaksa meredah laluan dan berhimpit-himpit dengan ratusan peserta yang ghairah melaungkan slogan ‘reformasi’ dan ‘bebas Anwar’ untuk sampai ke pentas ceramah.

 

Secara keseluruhan, dianggarkan kira-kira 1,500 hingga 2,000 peserta himpunan hadir dalam himpunan tersebut.

 

Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu ketika mengumumkan ketibaan Tun Mahathir menggesa peserta himpunan dan pihak media memberi laluan kepada bekas Perdana Menteri itu.

 

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dilaporkan beredar dari lokasi himpunan beberapa minit sebelum ketibaan Tun Mahathir.

 

Ini adalah kali kedua Tun Mahathir menghadiri demonstrasi jalanan. Tahun lalu beliau membuat kejutan hadir di demonstrasi Bersih 4.

 

Sepanjang 22 tahun mentadbir negara ini dan beberapa tahun selepas meletak jawatan Perdana Menteri, Tun Mahathir sering mengkritik tindakan pembangkang menganjurkan perhimpunan dan demonstrasi jalanan yang dianggapnya boleh menjejaskan ketenteraman awam dan tidak baik untuk ekonomi negara. – SuaraTV

 

foto dari atas - himpunan anti gst 2 april - kehadiran 1500 hingga 2000

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.