Gelungsur Kecemasan Pesawat Jatuh Di Laman Rumah

WASHINGTON – Seorang wanita terkejut besar apabila gelungsur kecemasan pesawat Boeing 767 jatuh di laman rumahnya.

 

“Kami cuma mendengar bunyi kuat dan rumah bergegar. Saya pergi untuk melihat apa terjadi. “Sebaik membuka pintu depan, saya melihat sesuatu seperti tarpan berwarna perak berada di situ, tetapi ada bau sulfur dan saya menghubungi polis,” kata Andrea Self, 31.

 

Gelungsur itu, yang terjatuh daripada ketinggian 853 meter, mendarat di atas bumbung pelindung matahari dan merosakkan pokok di laman rumahnya.

 

“Saya amat terkejut apabila ia berlaku,” katanya. Agensi Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mengesahkan pesawat itu, milik Atlas Air, hilang gelungsur keselamatan pada petang Rabu.

 

Ia digunakan untuk memindahkan penumpang pesawat dengan segera jika berlaku kecemasan. “Cuma gelungsur yang terjatuh. Pintu masih ada pada pesawat,” kata jurucakap FAA, Ian Gregor. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.