Foto: Himpunan Anti Gst Hambar

KUALA LUMPUR – Himpunan Anti GST anjuran Parti Amanah Rakyat (PAN) dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH) sempena genap setahun perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini berlangsung agak hambar.

 

Setakat ini anggaran kehadiran di anggarkan sekitar 500 – 800 dengan sebahagian besarnya tertumpu di kompleks beli belah Sogo, jauh berkurangan dari himpunan-himpunan sebelumnya.

 

Masjid Negara yang biasa menjadi lokasi berkumpul peserta himpunan beragama Islam hari ini menyaksikan keadaan agak lengang dengan kehadiran hanya beberapa orang peserta sahaja.

 

Terdahulu, PAS mengesahkan tiada kerahan ahlinya ke himpunan ini, dipercayai antara faktor utama kelesuan Himpunan Anti GST anjuran PAN hari ini. – SuaraTV

 

himpunan anti gst 2april2016-1

 

himpunan anti gst 2april2016-4

 

himpunan anti gst 2april2016-3

 

himpunan anti gst 2april2016-5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.