Video: Adab Sopan Orang Melayu Hilang Kerana Media Sosial – Vanida

KUALA LUMPUR – Pelakon Vanidah Imran melahirkan rasa kurang senang apabila rata-rata masyarakat Melayu pada hari ini didakwa sudah kehilangan adab dan kesopanan.

 

Mengakui sosial media merupakan satu daripada faktor penyebab orang Melayu sudah mula melupakan adab-adab kesopanan.

 

“Saya rasa, sosial media antara faktor yang mempengaruhi. Ini mungkin masyarakat melihat itu sesuatu perkara yang moden.

 

“Tapi bagi saya sesuatu perkara walaupun moden macam mana sekalipun adab kita kena jaga. Tutur kata kita tak kisahlah walaupun terbuka macam mana sekalipun kamu belajar luar negeri ke, adab tetap diutamakan.  Seperti perumpamaan ‘Baju dipakai usang adat dipakai baru’,”katanya ketika ditemui SuaraTV di pementasan teater muzikal Randai Clinduo Mato, baru-baru ini.

 

 

Sementara itu, mengakui sangat menyukai teater klasik tradisional, Vanidah atau lebih mesra dengan panggilan Vee menyifatkan ia mempunyai mesej tertentu.

 

“Saya suka teater klasik. Teater tradisional, kerana ia mengandungi mesej tertentu. Ada adab dan sopan tertentu.

 

“Ramai orang kita orang Melayu terutamanya yang melupakannya. Adab sopan tu banyak hilang. Contohnya, seperti perkara paling mudah, iaitu lalu di hadapan orang.

 

“Depan orang tunduk tak? kalau tak ajar tak ada benda tu,” akhirinya.

 

Terdahulu, teater muzikal Randai ‘Cindua Mato’ yang diadakan buat julung kalinya di pentas Istana Budaya selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

 

Teater dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) itu mempertaruhkan barisan pelakon popular termasuk Remy Ishak yang akan memegang watak utamanya iaitu ‘Cindua Mato’, Datuk Jalaluddin Hassan (Rajo Tiang Bungkuk), Datuk Ahmad Tarmimi Siregar (Datuk Bandaro) dan Vanidah Imran (Bundo Kanduang). – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.