4 Rakyat Malaysia Antara 9 Kru Kapal Diculik

KOTA KINABALU: Sembilan termasuk empat rakyat Malaysia dilaporkan diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata selepas merampas kapal tunda di perairan Ligitan, berhampiran Semporna, petang semalam.

 

Kapal tunda membawa sembilan kru yang didaftarkan di Miri, Sarawak dilaporkan dipintas sebelum dirampas pada jam 6.15 petang di perairan berhampiran sempadan Filipina oleh kumpulan bersenjata terbabit yang menaiki sebuah bot laju.

 

Kapal terbabit dipercayai dalam pelayaran dari Manila ke Tawau.

 

Empat rakyat Malaysia itu ialah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29; dan Johnny Lau Jung Hien, 21, semuanya berasal dari Sarawak. Nasib semua kru termasuk tiga rakyat Myanmar dan dua warga Indonesia setakat ini belum diketahui.

 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, berkata pihaknya masih mengumpul maklumat bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

 

“Setakat ini pasukan keselamatan belum menerima panggilan daripada penculik bagi permintaan wang tebusan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.