Video: Saya Berani Sumpah, Saya Dipukul Dan Ditendang Dahulu

Shah Alam – “Sebenarnya apa yang didakwa mereka (kumpulan gadis itu) tidak benar malah saya berani bersumpah dengan nama Allah SWT saya ditendang dan dipukul dulu,” kata Azmi Mat Mokhtar, 54, pemandu teksi yang terbabit dalam insiden pertengkaran membabitkannya dengan sekumpulan gadis.

 

Memetik laporan Harian Metro beliau berkata, sedih dan terkilan selepas dituduh bertindak secara melulu.

 

Katanya, pada hari kejadian, dia bersama isteri dalam perjalanan menemui anak saudaranya yang belajar di sebuah universiti di sini.

 

 

“Kereta dinaiki kumpulan gadis itu dipandu dalam keadaan tergopoh-gapah sebelum bergesel dengan bahagian hadapan teksi saya.

 

Media sosial sebelum ini kecoh apabila rakaman pergaduhan mulut ketika insiden itu tersebar.

 

Menurut laporan polis kejadian tersebut berlaku pada jam 3 petang, Ahad lalu, berhampiran Seksyen 7.

 

 

Video kejadian itu yang berdurasi kira-kira dua minit menunjukkan kecederaan yang dialami gadis berkenaan serta pemandu teksi terbabit.

 

Sementara itu, bapa kepada salah seorang wanita yang terlibat berkata pihaknya akan membawa perkara itu ke muka pengadilan selepas membuat laporan polis.

 

Syed Fareid Yahya berkata, “Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak sama ada anak saya berada di pihak yang benar atau sebaliknya. Biar polis siasat terlebih dulu.

 

“Biarlah kalau pemandu teksi itu mahu menuduh tapi tak semestinya saya mahu menuding jari kepadanya. Perkara yang berlaku juga membabitkan kes jenayah dan setakat ini saya sekeluarga masih belum membuat perancangan untuk menarik balik kes mahu pun berdamai,” katanya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.