Tok Usin Desak Pas Buka Fail Siasatan

Kuala Lumpur – Pemilik akaun Facebook ‘Tuc Tok Usin Ceroi’ bersetuju untuk tampil membuktikan dakwaanya melalui satu rakaman video yang mendakwa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu merancang untuk menggulingkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

Bagaimanapun individu tersebut hanya akan berbuat demikian sekiranya ahli jawatankuasa Pas itu membuka fail siasatan dan memanggil Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu untuk memberi keterangan atau menyangkal dakwaan videonya.

 

“Baiklah….Tok (pemilik akaun facebook ‘Tuc Tok Usin Ceroi’) sahut cabaran tersebut dengan syarat Pas Pusat memanggil Mat Sabu dan tanyakan beliau tentang rakaman audio tersebut sama ada benar atau palsu.

 

“Jika Mat Sabu menjawab bahasa rakaman audio itu palsu dan bersifat fitnah, maka tok akan pergi ke Pejabat Agung Pas dan akan memberi keterangan kes tersebut. Tok cuma perlu dengar penafian daripada mulut Mat Sabu saja,” katanya di laman Facebook.

 

Sebelum ini Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali mengalu-alukan kesudian pemilik Facebook tersebut untuk tampil memberi kenyataan aduan terhadap klip video yang disebarkan di Facebook.

 

Kata Mustafa, pemilik Facebook tersebut boleh terus menelefonnya secara terus atau Kahirul Fazri yang merupakan Penolong Setiausaha Agung PAS untuk menentukan masa yang sesuai untuk hadir memberi keterangan.

 

Tambah pemilik Facebook tersebut tidak gentar dengan cabaran Mustafa dan mencabarnya kembali.

 

“Di dunia mungkin kita boleh tipu dan cipta pelbagai alasan, namun semua di kalangan kita akan menemui kematian dan akan dihitung serta dipertanggungjawabkan.

 

“Setiap yang kita lakukan didunia ini, kita boleh tipu manusia keseluruhannya namun kita tidak mampu menipu atau mencipta alasan dengan Allah,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.