Pemuda PAS Dan PKR Mahu Jumpa Dr Mahathir

Kuala Lumpur – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mahu berjumpa dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

Ketuanya, Suhaizan Kayat berkata, beliau mahu berjumpa dengan Mahathir kerana suara bekas Perdana Menteri itu didakwa semakin senada dengan Pakatan Rakyat.

 

“Suara Tun Dr. Mahathir sudah sama dengan suara Pakatan Rakyat. Saya berminat untuk jumpa Tun dalam waktu terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli turut mengeluarkan kenyataan yang hampir sama.

 

Menurut ahli Parlimen Pandan itu, beliau mahu mendapatkan bantuan Dr Mahathir untuk mendesak kerajaan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Rafizi berkata beliau akan menulis surat kepada bekas perdana menteri untuk meminta mereka bersuara.

 

Umum mengetahui Mahathir merupakan musuh politik Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Anwar sebelum ini sering mendakwa Mahathir terlibat dalam konspirasi memenjarakan beliau dalam kes liwat pertama dihadapinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.