50 Kakitangan ABNXcess Hilang Kerja

Puchong – Kira-kira 50 kakitangan Jabatan Berita dan studio ABNXcess, stesen televisyen kabel digital pertama negara akan ditamatkan perkhidmatan selepas menutupan unit berita itu.

 

Penamatan perkhidmatan kakitangan itu dimaklumkan selepas perjumpaan pengurusan Acess dengan kakitangan petang kelmarin.

 

Kesemua pekerja terlibat telah diberi notis sebulan.

 

Kakitangan ABNXcess yang terlibat dalam penamatan kerja itu memaklumkan kepada portal berita MalaysiaGazette keputusan pengurusan organisasi media itu terpaksa diterima dengan berat hati kerana tidak ada pilihan.

 

Tambah kakitangan itu, mereka tidak diberi pampasan kerana keputusan itu bukan melibatkan pengecilan operasi tetapi jabatan terlibat ditutup.

 

“Tetapi kami diberi jaminan gaji bulan Mac dan April akan dibayar,” katanya yang mengakui keputusan ABNXcess bukan mengejutkan.

 

Katanya, organisasi media itu dipercayai mengalami masalah kewangan berikutan kelewatan syarikat itu membayar gaji kakitangan sejak enam bulan lalu.

 

“Sebelum ini setiap 7 haribulan kami menerima gaji tetapi sejak enam bulan lalu, gaji kami dibayar pada pertengahan bulan,” tambahnya.

 

Bagaimanapun, kakitangan itu memberitahu, jabatan-jabatan lain dalam ABNXcess dan perniagaan jalur lebar masih beroperasi seperti biasa. – Antarapos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.