Pejuang Mohon Sertai Perikatan Nasional – Mukhriz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memohon kepada Perikatan Nasional (PN) untuk menyertai komponen gabungan itu.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Muhkriz Mahathir memberitahu beliau telah mengutuskan surat kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon agar Pejuang diterima sebagai anggota parti komponen PN.

Katanya, surat tersebut juga telah disalinkan kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan, Dominic Lau.

“Keputusan untuk membuat permohonan ini telah disepakati oleh Majlis Eksekutif Pusat (MEP) Pejuang dua hari lepas setelah penelitian dan penilaian khusus semua opsyen-opsyen gabungan atau kerjasama politik yang ada. Ini adalah sesuai dengan mandat yang kami perolehi dari Perhimpunan Agung Pejuang kali ke-2.

“Keputusan MEP itu adalah terhasil daripada pertimbangan-pertimbangan berikut iaitu adalah tidak memadai jika kerjasama berbentuk pakatan pilihan raya (electoral pact) diwujudkan hanya untuk tujuan mengelak dari pertindihan kerusi yang ditandingi, lebih-lebih lagi jika lambang berasingan digunakan oleh kedua-dua pihak yang berpakat.

“Lebih menguntungkan semua pihak jika Pejuang menyertai PN, dan bertanding menggunakan lambang PN,” kata Mukhriz dalam kenyataan pada Khamis.

Malah beliau juga memberi keyakinan, kesepakatan PEJUANG dengan PN tidak terhad hanya kepada PRN yang bakal berlangsung Jun 2023 ini, tetapi juga untuk jangka masa panjang.

“Penyertaan Pejuang sebagai anggota komponen PN adalah untuk memastikan tiada perpecahan undi Melayu dalam pilihan raya yang mendatang.

“Adalah diharapkan kepimpinan PN akan mempertimbangkan permohonan Pejuang dan memberi respon yang positif,” ujar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat