Tidak Rasmi: BN Sedang Dahului PH Dengan Majoriti 1,611 Undi

KUALA LUMPUR – Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 DUN Semenyih di Selangor setakat jam 7.20 petang ini menyaksikan calon BN, Zakaria Hanafi  sedang mendahului calon lain dengan kelebihan majoriti 1,611 undi.

Zakaria dari UMNO memperolehi 14,344 undi diikuti calon PH dari PPBM yang mendapat 12,733 undi. Manakala calon Bebas, Uncle Kentang 523 undi dan calon PSM,  Nik Aziz Afiq Abdul 548 undi setakat ini.

Pada PRU14 yang lalu, DUN Semenyih dimenangi calon PH (PPBM) setelah memperolehi undi tertinggi 23,428 dengan majoriti 8,964 undi menewaskan calon BN yang mendapat 14,464 undi, calon PAS, 6,966 dan PSM 1,293 undi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.