Tidak Rasmi: BN Di Depan Dengan Majoriti 1,514 Undi, Dijangka Menang?

KUALA LUMPUR – Sehingga jam 8.20 malam ini, keputusan dari kiraan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menunjukkan BN mendahului dengan kelebihan majoriti 1,514 undi dan dijangka memenangi PRK ini.

Zakaria Hanafi dari UMNO yang mewakili BN dan turut disokong oleh PAS kini memperolehi 18,864 undi, meninggalkan calon PH, Muhammad Aiman Zainali yang mendapat 17,350 undi.

Dua calon lain, Nik Aziz Afiq Abdul dari PSM dan Kuan Chee Heng (BEBAS) masing-masing hanya mendapat 802 dan 689 undi.

Pada PRU14 yang lalu, DUN Semenyih calon PH (PPBM) memperolehi undi tertinggi 23,428 undi dan menang dengan majoriti 8,964 undi menewaskan calon BN yang mendapat 14,464 undi, calon PAS, 6,966 dan PSM 1,293 undi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.