Tidak Rasmi: BN Dahului Dengan Majoriti 945 Undi, PH Rapatkan Jarak

KUALA LUMPUR – Keputusan kiraan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sehingga jam 8.00 malam menyaksikan persaingan semakin sengit antara calon Barisan Nasional (BN) dan calon pakatan harapan (PH).

Zakaria Hanafi yang mewakili BN kini sedang mendahului calon PH, Muhammad Aiman Zainali dengan dengan kelebihan majoriti 945 undi.

Setakat ini Zakaria yang turut disokong oleh PAS memperolehi 17,682 undi, diekori rapat calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali dengan jumlah 16,737 undi.

Dua calon lain, Nik Aziz Afiq Abdul dari PSM dan Kuan Chee Heng (BEBAS) masing-masing hanya mendapat 802 dan 662 undi.

Pada PRU14 yang lalu, DUN Semenyih calon PH (PPBM) memperolehi undi tertinggi 23,428 undi dan menang dengan majoriti 8,964 undi menewaskan calon BN yang mendapat 14,464 undi, calon PAS, 6,966 dan PSM 1,293 undi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.