PRK Semenyih: 44 Peratus Keluar Mengundi Setakat 12 Tengah Hari

HULU LANGAT – Sebanyak 44 peratus pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari ini.

Keseluruhan 24 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dibuka jam 8 pagi tadi, akan ditutup secara rasmi 5.30 petang ini.

Peratusan setakat ini menunjukkan peningkatan untuk tempoh sama berbanding direkod dalam tiga PRK di Selangor sebelum ini iaitu PRK Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.

SPR juga menjangkakan peratusan keluar mengundi hari ini boleh mencapai tahap 70 peratus.

Cuaca cerah dijangka akan memberi peluang dan melancarkan pergerakan kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK kali ini. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.