Kerajaan Johor Didakwa Batal Permit Ceramah Ustaz Kazim, PU Rahmat

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) didakwa telah membatalkan sebuah ceramah agama melibatkan penceramah popular Datuk Ustaz Kazim Elias dan Pencetus Ummah (PU) Rahmat yang sepatutnya berlangsung di Semarang, Batu Pahat, malam tadi.

Lebih menyedihkan, pembatalan itu dimaklumkan pada saat-saat akhir setelah kira-kira seramai 3,000 pengunjung menghadiri lokasi ceramah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsolbari Jamali berkata, penganjuran ceramah ilmu itu diuruskan pihak Waqaf An-Nur Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama masyarakat tempatan.

“Pembatalan pada saat-saat akhir itu amat mendukacitakan masyarakat yang hadir bukan sahaja dari Semarang, tetapi juga daripada kawasan sekitar.

“Pada ketika masyarakat mendahagakan ilmu agama khususnya, pembatalan program seperti ini dibuat walaupun kerajaan hari ini mengatakan mereka mengamalkan demokrasi dalam pentadbiran,” ujarnya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Hari ini tular dalam media sosial beberapa keping gambar dan video berdurasi 2 minit 25 saat yang menunjukkan seorang individu memberitahu hadirin yang hadir bahawa majlis tersebut dibatalkan pihak kerajaan negeri.

Difahamkan juga kedua-dua penceramah jemputan itu telahpun tiba di lokasi ceramah sebelum dimaklumkan pembatalan program berkenaan pada saat-saat akhir. – UTUSAN

Lain-Lain Berita;-

Ustaz Kazim Elias dan Dr Ridzuan Tee Dilarang Muncul Di TV dan Radio?

MBPP Beri Alasan Selenggara Padang, Acara Sukan Punca Ceramah Dr Zakir Ditolak

RTM Jawab Isu Senarai Penceramah Agama Disekat Muncul Di TV, Radio

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.