Putera William Lawat Palestin, Israel

LONDON – Pewaris takhta Kerajaan Britain, Putera William dijadual mengadakan lawatan ke wilayah Palestin dan Israel pada musim panas ini.

Menurut AFP, Istana Kensington ketika mengumumkan perkara itu, hari ini, berkata Duke of Cambridge juga dijangka mengunjungi Jordan, iaitu sebagai sebahagian daripada lawatan diraja.

“Kunjungan oleh pewaris kedua takhta Britain itu dibuat ‘atas permintaan kerajaan Baginda’ dan ia disambut baik oleh Israel, Jordan dan pihak berkuasa Palestin,” kata Istana Kensington dalam satu kenyataan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.