Video : Hari Ke-17, Pembunuhan Jong Nam Masih Lagi Misteri

 

Selepas tragedi menggemparkan dunia berikutan kehilangan penerbangan Malaysia Airlines, MH370 pada 8 Mac 2014 dan MH17 ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai tahun yang sama, dunia kini sedang menyebut- nyebut nama Malaysia berikutan kematian Kim Jong-nam, iaitu anak lelaki sulung bekas pemimpin utama Korea Utara, mendiang Kim Jong-il.

 

Hari ini genap hari ke 17 kematiannya yang mana abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un ini telah dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), 13 Februari lalu telah disapu racun Agen Saraf VX, dan sehingga kini kematiannya masih lagi diselubungi misteri.

Mayatnya yang belum dituntut ini masih lagi berada di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur.

 

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Kim Chol berdasarkan dokumen perjalanan yang digunakan ketika kejadian didakwa menggunakan identiti palsu ini, merupakan waris yang disisihkan ayahnya, lapor media antarabangsa, CNN.

 

Beliau yang menggunakan dokumen palsu untuk memasuki Disneyland di Tokyo, Jepun pada 2001 itu dilaporkan kerap mengembara menggunakan dokumen perjalanan dan pasport palsu.

 

Malah, beliau juga merupakan warga yang dibuang negara selepas tidak muncul pada hari pengebumian bapanya pada 2011.

 

Hidupnya yang disisihkan itu turut diburu selepas mengkritik adik tirinya,  Jong Un dalam sebuah buku yang ditulis oleh Yoji Gomi dan diterbitkan pada tahun 2012 bertajuk “My Father, Kim Jong II and Me”.

 

Dalam buku tersebut, Jong Nam mendakwa adik tirinya itu tidak mempunyai kebolehan untuk menjadi ketua, apatah lagi untuk memerintah sebuah negara.

 

Daripada situlah bermulanya kehidupannya yang berpindah-randah dari Moscow, Geneva, Beijing, Paris dan Macau sehinggalah pengakhirannya di Malaysia.

 

Sebelum ini, Jong Nam pernah cuba dibunuh oleh pembunuh upahan pada 2012.

 

 

Suspek pembunuh upahan ditangkap

 

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menangkap seorang wanita yang dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan Kim Jong Nam.

 

Kemudiannya memburu empat suspek lelaki warga Korea Utara yang disyaki dalang kepada pembunuhan tersebut.

 

 

Korea Utara Tuduh Malaysia ‘Sekongkol’ Dengan Korea Selatan

 

 

Korea Utara dengan sengaja telah menuduh Malaysia telah bersekongkol dengan Korea Selatan kerana kepentingan politik sekali gus menutup skandal rasuah pemimpin negara itu.

 

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas kenyataan Duta Korea Utara yang disifatkan sebagai biadap dari segi diplomatik.

 

 

 

Pengalaman wartawan dan suasana luar biasa kes Jong nam

 

Khemah telah disediakan buat petugas media yang membuat liputan pembunuhan Kim Jong-nam di hadapan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) bagi kemudahan liputan kes pembunuhan Kim Jong-nam sejak beberapa hari lalu.

Sebanyak 20 kerusi, dua khemah serta dua meja ditempatkan di hadapan IPFN kepada semua media yang telah berkampung di sini sejak 15 Februari lalu.

Sebelum ini, kes pembunuhan Jong Nam dimana telah melibatkan 50 media tempatan dan antarabangsa sekali gus menyaksikan bagaimana penguatkuasa menjalankan tugasan mereka mengendalikan kes kematian berprofil tinggi.

 

 

Kompleks Mahkamah Sepang bertukar jadi lokasi tumpuan

 

Pendakwaan terhadap dua suspek wanita, Siti Aisyah dan Doan Thi Huong berhubung kes kematian Kim Jong-nam – abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un membuatkan kawasan itu menjadi lokasi tumuan dan luar biasa.

 

Sekumpulan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), anggota keselamatan dan wakil media termasuk antarabangsa menjadi sesak.

 

Kira-kira 80 orang wakil media menanti di situ untuk mendapatkan laporan mengenai pendakwaan ke atas suspek.

 

Suspek kedua-dua wanita tiba dan diiringi oleh STAFOC yang lengkap bersenjata dan bertopeng yang kemudiannya mereka mengambil posisi masing-masing.

 

Doan dan Siti Aisyah dibawa masuk secara berasingan ke dalam mahkamah dalam keadaan bergari dan memakai jaket kalis peluru.

 

Difahamkan, Siti Aisyah adalah warga negara Indonesia dan Doan dari Vietnam didakwa membunuh di klia2 pada pagi 13 Februari lalu semasa berada di balai berlepas untuk penerbangan ke Macau. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.