New Zealand Minta Malaysia Kendali Latihan

PUTRAJAYA – New Zealand telah meminta Malaysia mengendalikan latihan bagi menghadapi keganasan dan deradikalisasi.

 

Permintaan itu disampaikan oleh Peguam Negara New Zealand, Chris Finlayson ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

 

Ahmad Zahid berkata, Finlayson yang juga menteri yang bertanggungjawab ke atas agensi-agensi risikan keselamatan New Zealand turut menzahirkan kekaguman terhadap pendekatan Malaysia dalam melawan keganasan serta proses deradikalisasi.

 

Dalam pertemuan selama kira-kira satu jam itu, jelas Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Finlayson turut memohon kepakaran Malaysia untuk menangani jenayah siber.

 

Ahmad Zahid berkata, Malaysia yakin bahawa hubungan kedua-dua negara boleh diper­tingkatkan dalam bidang-bidang utama seperti perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, makanan dan pertanian.

 

“Sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 25 September 1957, Malaysia dan New Zealand mempunyai kerjasama erat dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan, pelajaran, pertahanan dan hubungan antara rakyat,” kata­nya dalam kenyataan yang dike­luarkan selepas kunjungan berkenaan.-Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.