Bakal Isteri Hans Isaac Saman Bekas Teman Lelaki

KUALA LUMPUR – Bakal isteri pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac, Gabriella Robinson telah mengambil tindakan undang-udang terhadap bekas teman lelakinya, Robin Coenraad terhadap dakwaan lelaki tersebut yang tular di media sosial.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan, Hans berkata, tindakan itu bukan datang daripadanya kerana dia tidak mempunyai sebab untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki tersebut.

“Setahu saya, pihak guaman Gabby telah hantar surat untuk memohon agar pihak lelaki tersebut meminta maaf dan menurunkan kesemua paparan, komen dan gambar peribadi yang melibatkan sejarah silam Gabby di media sosial.

“Tidak ada sebab untuk saya mengambil sebarang tindakan undang-undang sekarang. Namun saya ada mendapatkan khidmat nasihat guaman,” katanya.

Semalam, Robin telah memuat naik status di laman sosial, Facebook mendakwa Gabriella telah menipu dan berlaku curang terhadapnya apabila bersetuju untuk berkahwin dengan Hans. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.