Video: Protes Menentang Peniaga China Bertukar Kecoh

Hong Kong – Polis menggunakan semburan lada untuk menghentikan pergaduhan antara penunjuk perasaan yang menentang kebanjiran peniaga dari China dan penduduk kampung dari sebuah bandar berhampiran sempadan China-Hong Kong.

 

Beberapa orang turut ditahan polis.

 

Dua kumpulan aktivis bersama penyokong mereka berarak di Daerah Yuen Long, di mana berpuluh-puluh farmasi menjual susu tepung bayi bagi memenuhi permintaan peniaga dari China.

 

 

Pergelutan tercetus selepas sekumpulan penduduk kampung yang menentang protes itu, mengejek penunjuk perasaan di sepanjang laluan demonstrasi mereka.

 

Susulan itu, ramai peniaga yang bertindak menutup kedai mereka.

 

Ini adalah demonstrasi terbaru di Hong Kong yang menyasarkan kebanjiran peniaga dari China, di mana mereka akan menjual barangan tanpa cukai yang dibeli dari Hong Hong itu, di China.

 

Protes pada Ahad ini adalah yang ketiga sejak Februari, selepas bantahan sama diadakan di Tuen Mun dan Sha Tin, pada bulan lalu sehingga memaksa kedai-kedai ditutup.

 

Kosmetik, ubat-ubatan dan produk berjenama lebih murah di Hong Kong, kerana tiada cukai jualan dikenakan.

 

Penunjuk perasaan mendakwa, pengangkutan awam Hong Kong sesak dengan peniaga-peniaga dari China, selain permintaan mereka terhadap sesetengah produk telah mengubah lanskap jualan runcit setempat, kerana peniaga Hong Kong lebih gemar memenuhi keperluan peniaga China berbanding keperluan penduduk tempatan.

 

Kebanjiran peniaga China itu turut menyebabkan harga jualan runcit meningkat dan menimbulkan gangguan kepada penduduk setempat.

 

Namun, peniaga China mendakwa, kedatangan mereka ke Hong Kong membawa manfaat kepada ekonomi setempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.