Video: Polis LA Tembak Gelandangan Hingga Mati

Los Angelas – Anggota polis Los Angeles menembak mati seorang lelaki gelandangan (mereka yang tidak mempunyai rumah) dalam satu kejadian Ahad lalu menurut media tempatan, lapor AFP.

 

Rakaman kejadian yang dimuatnaik di laman sesawang Facebook itu, memaparkan berlaku pergelutan antara seorang lelaki dan beberapa orang anggota polis (LAPD) di kawasan Skid Row LA, berhampiran pusat bandar.

 

Keadaan sekitar dalam kejadian tembakan itu tidak berapa jelas namun melalui rakaman video berdurasi 4:05 itu menunjukkan seorang lelaki mengangkat tangan semasa pegawai polis itu cuba menembaknya.

 

http://www.dailymotion.com/video/x2igcp1_lapd-shooting-of-homeless-man-to-dead_news

 

Turut kedengaran suara yang menjerit “Letak senjata!” sebelum beberapa das tembakan dilepaskan dan menyebabkan orang ramai lari menyelamatkan diri.

 

Melalui rakaman tersebut, orang ramai yang berada di tempat kejadian mengutuk tindakan kumpulan anggota polis itu yang disifatkan sebagai ‘pengecut’ kerana membunuh orang awam tanpa sebarang sebab.

 

Memetik laporan The Los Angeles Times, jurucakap LAPD Sarjan Barry Montgomery berkata pihaknya masih belum mengenal pasti identiti lelaki tersebut yang disahkan meninggal dunia setelah di hantar ke sebuah hospital yang berhampiran.

 

“Tiada anggota polis yang cedera dalam kejadian itu, dan mereka hanya bertindak balas atas panggilan telefon mengenai rompakan yang berlaku di blok 500 San Pedro Street” ujarnya.

 

Sementara itu menurut Ina Murphy, yang merupakan saksi di tempat kejadian, mangsa dikenali sebagai ‘Afrika’ itu merupakan golongan gelandangan.

 

Menurutnya ‘Afrika’ pernah ditahan di sebuah pusat mental selama 10 tahun dan baru sahaja keluar dari pusat terbabit.

 

Satu siasatan kini sedang dijalankan bagi memastikan sama ada kumpulan polis terbabit menggunakan kekerasan secara berlebihan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.