Video: Letupan Mercun, Kanak-Kanak Perempuan Tercampak Dalam Lubang Pembentungan

Yunnan (China) – Tindakan dua kanak-kanak lelaki yang membaling mercun ke dalam lubang pembentung, membawa padah apabila secara tiba-tiba berlaku letupan.

 

Letupan yang kuat itu telah menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan tercampak sebelum jatuh ke dalam lubang pembentung dalam kejadian pada Khamis lalu.

 

 

Melalui rakaman CCTV di sebuah pasar raya berhampiran, kejadian tersebut berlaku pada jam 11.48 pagi waktu tempatan itu.

 

Sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian 25 minit kemudian, bagi menyelamatkan kanak-kanak yang malang itu.

 

Mangsa kemudianya dikejarkan ke hospital namun dilaporkan meninggal dunia sejam kemudian.

 

Menurut sumber, letupan tersebut dipercayai akibat gas metana.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.