Video: Kerana Kek Lapis, Manusia Bertukar Menjadi Hantu Lapar

Kuching – Tindakan orang ramai yang berebut-rebut bagi mendapatkan kek lapis secara percuma ketika majlis sambutan Tahun Baharu Cina, Jumaat lalu disifatkan sebagai satu tindakan yang memalukan.

 

Ia menjadi kecoh apabila salah seorang pengujung yang berada di tempat kejadian merakam dan memuatnaikkan rakaman video berdurasi 1:47 saat itu, ke laman sosial Facebook sehingga menerima kritikan dari pelbagai lapisan masyarakat.

 

Menurut salah seorang pengawal keselamatan yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, insiden di perkarangan Dewan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) itu tidak sepatutnya berlaku.

 

 

“Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai pemberian kek lapis secara percuma, orang ramai yang hadir mula berkumpul di meja urusetia.

 

“Mereka enggan mendengar arahan yang diberikan oleh anggota Rela yang bertugas dan mula merempuh untuk mendapatkan kek tersebut” ujarnya kepada SuaraTV.

 

Menurutnya dalam kejadian pada pukul 9.00 malam itu, berlaku tolak-menolak sebelum orang ramai mula merempuh halangan yang dibuat unit keselamatan yang bertugas.

 

SuaraTV difahamkan, dalam kejadian tersebut tiada sebarang kecedaraan yang berlaku, walaupun melalui rakaman tersebut ada dikalangan pengunjung yang terjatuh akibat diasak.

 

Salah seorang penguna media sosial, Mohd Yakup berkata sebagai warga Sarawak beliau malu dengan tindakan tersebut sama ada ia dilakukan oleh mereka yang berketurun Melayu, Melanau, Iban, Cina, Murut, Lepeh atau sebagainya.

 

“Aku dikmpun sebagai warga Sarawak jati malu nar nanggar olah orang Sarawak camtok waima nya melayu, melanau, iban, cina, murut, lepeh dan sebagainya.

 

“Sungguh memalukan, seperti 10 tahun tak pernah makan kek lapis” ujarnya di dalam laman sesawang forum Lowyat.net.

 

Sementara itu menurut pengguna yang dikenali sebagai Truth Hurts, tindakan tidak bertamadun itu telah menyebabkan manusia yang diberikan akal fikiran bertukar menjadi ‘hantu lapar’

 

“Memalukan, hanya kerana kek lapis yang berharga RM25.00 manusia bertukar menjadi hantu lapar” ujarnya pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.