STPM: Pencapaian GPS Di Kedah Naik

ALOR SETAR –  Seramai 28 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 di Kedah memperoleh Purata Nilai Gred Komulatif (PNGK) 4.00,berbanding 33 calon pada tahun 2013.

 

Pengarah Pendidikan negeri Datin Azuyah Hassan berkata, walaupun terdapat sedikit penurunan membabitkan bilangan calon yang memperoleh PNGK 4.00, namun Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) bagi Kedah pada 2014 meningkat kepada 2.72 daripada 3,120 bilangan calon, berbanding 2.65 pada tahun sebelumnya.

 

Beliau berkata, peratusan calon yang memperoleh kelulusan penuh pada tahun 2014 ialah sebanyak 3,097 atau 98.88 peratus berbanding 3,989 (98.35 peratus) tahun 2013.

 

“Di samping itu, sebanyak 49 sekolah mencapai keputusan peratusan yang mengatasi pencapaian peratusan peringkat nasional iaitu 97.99 peratus pada 2014 berbanding hanya 47 sekolah tahun sebelumnya.

 

“Daripada 49 sekolah itu, 28 adalah sekolah luar bandar yang berjaya mengatasi pencapaian peratusan peringkat kebangsaan, ” katanya melalui kenyataan keputusan STPM, do sini, hari ini.

 

Seramai 3,159atau 86.10 peratus calon STPM hadir menduduki peperiksaan itu tahun lalu daripada 3,669 yang mendaftar di negeri ini di 62 buah pusat peperiksaan di seluruh Kedah. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.