STPM: Lebih Ramai Yang Lulus Penuh

SELAYANG – Pencapaian keseluruhan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi seluruh negara mencatatkan peningkatan sebanyak 0.96 peratus iaitu 97.81 peratus mendapat lulus penuh berbanding 96.85 peratus pada 2013.

 

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin berkata, peningkatan itu berdasarkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) negara iaitu peratusan calon yang mendapat PNGK 2.00 hingga 4.00.

 

Menurutnya, peningkatan turut dilihat dalam peratus calon yang mendapat A dalam lima dan empat mata pelajaran, peratus lulus penuh dan penurunan peratus calon gagal.

 

“Peratus dan bilangan calon yang mendapat 5A dan 4A meningkat kepada 0.92 peratus berbanding 0.90 pada 2013.

 

“Bilangan calon gagal juga menurun iaitu hanya 57 calon iaitu 0.13 peratus berbanding dengan 112 calon atau 0.20 pada tahun 2013,” katanya dalam sidang medianya, di sini, hari ini.

 

Katanya, walaupun mencatatkan peningkatan keputusan lulus penuh, namun jumlah calon bagi 2014 merosot sebanyak 16.69 peratus iaitu 42,854 calon berbanding 55,233 pada 2013.- HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.