STPM: 51 Calon PNGK 4.00 Di Selangor

Shah Alam: Seramai 51 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Selangor memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

 

Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata, bilangan itu menurun berbanding 65 calon mendapat keputusan sama pada 2013.

 

Beliau berkata, pada 2014 sebanyak 72 sekolah mendaftar calon untuk STPM dimana 30 sekolah mencapai prestasi lulus penuh.

 

“Pencapaian prestasi sekolah yang mendapat keputusan lulus penuh pada 2014 meningkat berbanding hanya 27 sekolah pada 2013.

 

“Calon STPM pada 2014 menunjukkan peningkatan prestasi berdasarkan kuantiti sekolah yang mendapat kelulusan dan Gred Purata Sekolah turutkatanya ketika ditemui.- HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.