Samsung Galaxy S6 Dan S6 Edge, Lebih Berkuasa Dan Elegan

Kuala Lumpur – Samsung terus berinovasi dalam mengeluarkan peranti terbarunya apabila telah melancarkan dua telefon pintar model baharunya, Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge, di Samsung Unpacked 2015 ketika Mobile World Congress (MWC) yang berlangsung di Barcelona.

 

Kedua-dua peranti ini menawarkan skrin 5.1 inci SAMOLED dengan resolusi paparan 577 ppi (QHD), serta bahagian depan dan belakang telefon pintar ini diletakkan kaca jenis Gorilla Glass 4 yang ternyata memberikan peranti ini ketahanan yang luar biasa.

 

Daripada segi rekabentuknya, eksperimen Samsung dengan skrin melengkung diteruskan pada peranti Galaxy S6 Edge, yang direka dengan lengkungan di kedua-dua sisi, menampilkan ciri-ciri telefon pintar moden yang elegan.

 

Galaxy S6 pula yang merupakan telefon pintar model terbaru daripada keluarga siri Samsung S mempunyai rekaan segar dengan menggunakan aloi tahan lasak pada kerangka dalam dan binaan sisi peranti tersebut, yang ternyata lari daripada rekaan kebiasaan telefon pintar daripada Samsung.

 

Samsung Galaxy S6

 

Telefon pintar ini kedua-duanya dibekalkan dengan cip pemproses lapan teras (Octa Core) Exynos (2.1 GHz + 1.5 GHz), storan dalaman 32, 64 dan 128 GB (tanpa sokongan memori tambahan) serta 3 GB RAM.

 

Peranti yang digolongkan dalam kelas tinggi daripada Samsung ini dikuasakan oleh sistem operasi Andorid Lollipop dengan antaramuka TouchWiz, versi terkini serta sokongan kepada rangkaian LTE.

 

Daripada segi kamera pula, kedua-duanya memiliki 16 megapiksel kamera belakang dan 5 megapiksel kamera depan, yang semestinya mempamerkan kualiti foto dan video yang terbaik, termasuk penggunaan penstabilan optik, pengesan fokus dan beberapa ciri baru lain.

 

Selain itu, Samsung turut menawarkan keupayaan pengecasan pantas dengan sokongan teknologi tanpa wayar yang dikenali dengan nama Qi Wireless Charging, untuk kedua-dua peranti terbabit.

 

Memiliki bateri tidak boleh ditanggalkan, Galaxy S6 menawarkan bateri berkapasiti 2,550 mAh dan 2,600 mAh untuk S6 Edge.

 

Masih belum tiba di Malaysia, kedua-dua telefon pintar ini akan mula dijual bermula 10 April di 20 negara, lapor portal BBC dan dijangka akan tiba di sini dalam fasa kedua penjualannya.

11 thoughts on “Samsung Galaxy S6 Dan S6 Edge, Lebih Berkuasa Dan Elegan

  • March 16, 2015 at 12:50 pm
    Permalink

    Zaman sekarang ini banyak orang suka tangkap gambar selfie dan post ke laman social. Perkara ini sudah menyebabkan banyak telefon manufacturer untuk mengiklankan telefon mereka itu dengan menumpukan perhation dalam specifikasi kamera telefon itu. Saya ini memang suka tangkap gambar selfie, sebab itu saya sudah masuk ke laman Samsung untuk baca tentang specifikasi kamera S6 dan S6 edge. Memang bagus specifikasi kamera S6 dan saya sudah tak boleh nak tunggu sampai launching S6 kat Malaysia. Ada siapa yang macam saya ini sedang tunggu untuk S6 dan betul ke kamera S6 ini bagus macam apa yang diberitahu dalam laman Samsung?

    Reply
    • March 17, 2015 at 12:38 pm
      Permalink

      sy pon baca psl fon ni, mmg dah tersuka dgn fon ni :D. s6 pye camera depan 5mp, dgn real time HDR. mmg da blh amik selfie lawar2 😛 s6 pon sy baca lbh bagus dr fon sebelumnye s5.. sbb skrg s6 x panas secepat s5, dgn s6 jauh lbh ringgan dr s5. 🙂

      Reply
  • March 16, 2015 at 6:30 pm
    Permalink

    Zaman skrg, selfie dgn org tidak boleh dipisahkan.. Pengeluar telepon kena buat camera yg kualitinya baik utk memastikan lebih paik dari pengeluar yg lain.

    Reply
  • March 17, 2015 at 3:13 pm
    Permalink

    I sudah baca kat laman web tentang Samsung S6, kamera dia itu memang canggih terutamanya kamera depan. Memang kalau nak bandingkan dengan HTC M9, kalah M9 sebab S6 kamera specifikasi bagus. M9 tak sebaik macam apa orang katakan.

    Reply
  • March 18, 2015 at 11:51 am
    Permalink

    @alex

    asal doh nk beli phone utk ambik gambar baik beli phone murah sikit dn labur la utk camera DSLR bleh ambik gambar professional

    Reply
  • March 18, 2015 at 2:16 pm
    Permalink

    Dah main bosan dgn DSLR ni… Besar dan lagi berat drpd phone. Zaman skrg mana ada org bawak kamera yg begitu besar.. nak selfie pun susah.. lepas selfie xleh hantar bagi kawan.. tak best!

    Reply
  • March 19, 2015 at 11:18 am
    Permalink

    memang cari telefon utk selfie je? kalau mcm tu baik beli camera, tak payah beli telefon.. haha

    Reply
  • March 19, 2015 at 3:08 pm
    Permalink

    dr sume review psl fon ni, sy dpt idea psl kameranye. 15MP kamera yg amik gambar sebsr 3456×4608 pixel. Fon ni pon ade fungsi2 dslr, yg bg u control ISO dgn shutter speed. So klau u tau nk guna dslr, fon ni konfem u suka la. klau u suka merakam video, s6 ade 4k perakaman video. u cuba tengok ni

    Reply
  • March 19, 2015 at 4:42 pm
    Permalink

    4k video rakaman kat S6 dan S6 edge mmg canggih sebab skrg byk org nak fungsi ni utk rakam video. Kualiti lagi cantik drpd true HD. Dgn fungsi wide angle selfie jugak, dua smartphone ni pasti akan mendominasi pasaran selfie bila sudah dikeluarkan nanti.

    Reply
  • March 20, 2015 at 10:40 am
    Permalink

    @maryjanewong

    ye la tu 4k tp klao dh terlebih storage tu cam ne ye ???
    bleh tkr memori kad ke? xleh kan bazir duit je

    Reply
  • March 20, 2015 at 4:22 pm
    Permalink

    Itu external slot bukan masalah yg besar lahh.. sbb S6 ada 128GB punya memori dalaman.. Dgn size yg besar ni, banayk fail boleh disimpan.. Saya pun kagum dgn S6 punya speaker… best dan lagi kuat dari S5 dgn amplifier lagi.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.