Rutin 5M Rahsia Kecantikan Hanis Zalikha

PELAKON, pengacara dan penulis blog tanah air, Hanis Zalikha sememangnya diakui memiliki kulit yang cantik menawan idaman ramai wanita.

 

Baru-baru ini, dalam satu majlis bertempat di Cooking House, Bangsar, Kuala Lumpur, Hanis sempat berkongsi rahsia kecantikan kulitnya kepada media.

 

Hanis mendedahkan betapa pentingnya rutin 5M dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulitnya pada tahap optimum.

 

Rutin tersebut meliputi amalan membersih, menyegar, memelihara, melembap dan menyerikan.

 

“Bagi mendapatkan kulit cantik berseri dan sihat, penjagaan perlulah menyeluruh meliputi lapisan luar dan dalam kulit.

 

“Justeru, barulah kulit akan sentiasa segar, anjal dan mampu mengurangkan garis kedutan,” kata Hanis.

 

Sebagai duta Safi Balqis, Hanis memberitahu, dengan menggunakan rangkaian produk Safi White Trilogy, rutin 5M yang beliau amalkan mampu dilengkapi tanpa sebarang masalah.

 

“Setiap hari saya pasti menggunakan pembersih muka, penyegar, krim pelembap, serum dan krim BB daripada rangkaian ini,” kongsi Hanis yang turut memimpin demonstrasi rawatan kecantikan wajah pada majlis tersebut.

 

Selain bergantung kepada produk Safi Balqis, Hanis juga mengamalkan pengambilan buah-buahan segar dan meminum air masak pada kuantiti yang mencukupi setiap hari.

 

Antara buah-buahan kaya khasiat yang digemari Hanis ialah kiwi dan limau gedang.

 

Malah dua buah-buahan itu merupakan kandungan utama dalam formula istimewa Safi Balqis White Trilogy.

 

Pada majlis yang sama, seorang cef jemputan, Cef Nor Zailina atau dikenali dengan gelaran Cef Lin turut berkongsi manfaat buah kiwi dan limau gedang dalam mencantikkan kulit.

 

“Buah kiwi kaya dengan Vitamin C dan amaunnya melebihi dua kali ganda yang terdapat di dalam lemon.

 

“Ia berupaya membantu proses pencerahan kulit secara semula jadi.

 

“Limau gedang pula dapat mengatasi masalah kulit berminyak kerana ia mampu mengawal pembentukan minyak,” dedah Cef Lin.

 

Menerusi trilogi sistem pemutihan yang digunakan, rangkaian produk kecantikan yang digunakan Hanis ini yang telah diuji secara saintifik mampu mencerahkan tiga lapisan epidermis kulit dalam tempoh tiga hari dan penggunaan berterusan akan memberikan anda kulit wajah yang cerah sempurna.

 

Formulanya dikatakan turut diperhebat dengan gabungan arbutin, sejenis ekstrak glikosida daripada tumbuhan bearberi yang berkeupayaan tinggi membantu proses pencerahan.

 

Di samping itu teknologi Nano BioWhite juga diserapkan bagi melambatkan proses pigmentasi, mengurangkan kerosakan sel dan mempertingkatkan kelembapan kulit.

 

Rangkaian produk ini boleh diidapati di farmasi, pasar raya besar atau pasar raya utama seluruh Negara.

 

MOHD ALIF ABU BAKAR atau ‘Acip Alif’ adalah produk Sains Komunikasi UiTM yang berkhidmat di sebuah akhbar tabloid arus perdana – masing-masing tiga tahun di meja berita dan meja rencana – sebelum menjadi penulis bebas.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/kolumnis/2015/03/02/rutin-5m-rahsia-kecantikan-hanis-zalikha/#ixzz3TBYoT3lX

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.