Peniaga Maut Ditembak Di Hadapan rumah

SUNGAI PETANI – Seorang pengusaha pusat mencuci kereta maut setelah ditembak di hadapan rumahnya di Taman Sri Gedung, Jalan Lencongan Timur dekat sini awal pagi ini.

 

Menurut jurucakap polis, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah malam ketika mangsa baru tiba di rumahnya.

 

“Mangsa dipercayai diekori sebuah kenderaan Perodua Myvi putih dinaiki tiga lelaki. Sebaik sahaja tiba di hadapan rumah, salah seorang daripadanya turun lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.- Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.