Pengusaha Restoran Dibunuh Kejam Tukang Masak Sendiri Kerana Gaji

Lahad Datu – Seorang pengusaha restoran yang menyambut hari ulangtahun kelahirannya ke-37 dibunuh dengan kejam di Lahad Datu petang semalam.

 

Mangsa yang berbangsa Cina ditetak di kepala, dikelar leher hingga hampir putus, dipotong tangan dan jari oleh tukang masaknya setelah berlaku pertengkaran melibatkan soal gaji.

 

Kejadian berlaku di restoran mangsa pada petang semalam kira-kira pukul lima petang dan disaksikan oleh pekerja-pekerja restoran tersebut.

 

Mangsa maut serta merta di lokasi kejadian manakala suspek melarikan diri namun berjaya diberkas polis kurang dari sejam selepas kejadian.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad semasa sidang media di sini awal pagi tadi berkata, pihaknya berjaya memberkas suspek yang dikenali sebagai ‘Chef John’ kurang dari sejam iaitu lebih kurang jam 5.45 petang selepas menerima laporan awal pada 5.15 petang pada hari yang sama.

 

Hamzah berkata, suspek telah berkerja dengan mangsa lebih kurang empat tahun sebagai tukang masak dan suspek juga disahkan negatif dadah.

 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besar Lahad Datu untuk dibedah siasat manakala suspek akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukum gantung sampai mati. – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.