Liverpool Benam Man City 2-1

London – Liverpool menewaskan penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City 2-1, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris semalam.

 

The Reds membuka jaringan seawal minit ke-11 menerusi Jordan Henderson.

 

Begitupun, Man City menyamakan kedudukan menerusi Edin Dzeko pada minit ke-25 dan perlawanan terikat 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

 

Beraksi dalam keadaan hujan  Philippe Coutinho meledak gol pada minit ke-75.

 

Untuk rekod, Man City tidak pernah menang di Anfield sejak 12 tahun lalu.

 

Kemenangan membawa Liverpool ke tangga kelima liga dengan Man City kekal di tangga kedua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.