Lelaki India Koma Ditembak 6 Das

Kajang – Seorang lelaki parah selepas terkena enam das tembakan yang dilepaskan seorang daripada dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Jalan Reko, di sini.

 

Dalam kejadian 12.46 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Thanabalan a/l Muniady merupakan Timbalan Ketua Pemuda MIC, Bahagian Hulu Langat.

 

Beliau yang menaiki kereta Honda Accord dilaporkan berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal jenis Yamaha LC berwarna putih.

 

Menurut sumber, seorang daripada suspek melepaskan enam das tembakan ke arah kereta mangsa.

 

Mangsa yang cedera di bahagian dada kanan, tapak tangan dan pipi telah dihantar ke Hospital Kajang sebelum dimasukkan ke Hospital Serdang untuk rawatan selajutnya.

 

“Pihak berkuasa sedang memeriksa CCTV di kawasan berkenaan untuk mengenal pasti dua penyerang terbabit.

 

“Sehingga kini, saksi bebas yang menyaksikan kejadian itu gagal mengecam nombor pendaftaran motosikal digunakan dua penyerang terbabit,” katanya.

 

Sementara itu menurut sumber pejabat Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mangsa bukan merupakan Pengerusi ataupun pemimpin di peringkat tertinggi parti seperti yang dihebahkan melalui media sosial.

 

Menurut laporan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Kajang sedang menyiasat motif jenayah bagi mengenalpasti sama ada terdapat sebarang unsur politik.

 

tembak kajang 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

One thought on “Lelaki India Koma Ditembak 6 Das

  • March 2, 2015 at 7:32 pm
    Permalink

    kena tembak satu hal..jangan lupa saman cermin gelap tu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.