Kereta Tok Guru Nik Aziz Untuk Dijual?

Kuala Lumpur – Seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Raja Kamil memuat naik beberapa keping gambar kereta milik Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan ingin dijual.

 

Raja Kamil menerangkan kereta tersebut untuk dijual setelah dia berhubung dengan anaknya, Nik Mohamad Abduh.

 

Katanya lagi, kereta tersebut akan dijual kepada mereka yang menawarkan harga tertinggi.

 

“Kereta Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz untuk dijual. Dijual kepada yang menawarkan harga tertinggi.

 

“ps: yang ini, saya contact terus dengan anak arwah TGNA. Share kepada yang berminat,” katanya di status Facebooknya.

 

Sementara itu, ketika dihubungi The Rakyat Post, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan ianya adalah silap faham dan kenderaan tersebut bukan untuk dijual.

 

“Saya fikir itu silap faham kot. Tidak untuk dijual,” katanya kepada The Rakyat Post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.