Kerana Bergaduh Di Facebook, Seorang Remaja Ditembak Mati

New York – Seorang gadis berusia 14 tahun ditembak mati di Amerika Syarikat selepas satu pergaduhan yang bermula di Facebook, lapor The Straits Times.

 

CNN melaporkan Kierra’onna Rice bertelagah dengan perempuan lain di Facebook.

 

Dia kemudian mengambil keputusan untuk berjumpa dengan gadis-gadis tersebut di sebuah taman untuk bergaduh, dan juga untuk merakam pergaduhan itu.

 

Apabila pergaduhan bermula, dua lelaki mengeluarkan senapang dan menembak mereka.

 

Cik Rice meninggal dunia, manakala dua yang lain cedera.

 

Laman berita yang berpangkalan di Alabama AL.com melaporkan bahawa polis berkejar ke tempat kejadian kira-kira 6.15 petang.

 

Menurut laporan itu, Leftenan Polis Birmingham, Sean Edwards berkata tiada bukti yang menunjukkan tembakan itu telah dirancang.

 

Ia tidak diketahui sama ada kedua-dua lelaki itu kenali mereka ataupun tidak.

 

Polis telah menahan dua suspek berusia 17 dan 19, yang telah dikenal pasti sebagai penembak, menurut kedua-dua agensi berita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.