Gosip Tiduri VIP: Maaf Kalau Ada Orang Salah Faham – Elizabeth Tan

Baru sahaja mahu memulakan pendakian di dalam industri hiburan ini namun penyanyi yang semakin dikenali menerusi lagu Knock Knock ni sudah terkena tempias kontroversi apabila didakwa telah meniduri VIP.

 

Tidak mudah melatah, Elizabeth tenang menjawab dakwaan tersebut dan mempunyai jawapan sendiri terhadap khabar angin yang melanda dirinya ketika ini.

 

“Saya tak pernah buat buat perkara macam itu. Bila family saya tahu mengenai perkara ini, mereka dengar dan tergelak. Saya minta maaf kalau ada orang salah faham. Saya harap one day saya boleh buktikan yang saya tak buat perkara sebegini,” jelasnya tenang.

 

Selain itu, Elizabeth juga didakwa telah melakukan pembedahan plastik namun menafikan perkara tersebut sambil memberitahu perkara tersebut bermula melalui komen peminatnya di akaun Instagram.

 

“Saya tidak pernah buat apa-apa pada muka saya. Perkara ini bermula di Instagram apabila ada peminat yang cakap saya buat pembedahan muka,” jelasnya kepada sebuah rancangan hiburan, pada Ahad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.