Dolak-Dalik Percintaan Artis

PASANGAN selebriti yang sering berdolak-dalik mengenai status hubungan mereka dilihat berpegangan tangan, baru-baru ini.

 

Selebriti wanita yang baru saja putus tunang itu menafikan yang dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pendatang baru.

 

Hubungan cinta selebriti ini diklasifikasikan sebagai teman tapi mesra yang mana kedua mereka menafikan hubungan cinta mereka dan menggelarkan hubungan mereka sebagai teman rapat.

 

Namun orang ramai sudah sedia maklum dengan hubungan kedua selebriti ini kerana mereka juga sering memuat naik gambar bersama. Hanya kenyataan rasmi dari mulut mereka saja yang dinantikan oleh semua pihak.

 

Sementara itu, pasangan selebriti yang mempunyai jutaan peminat di laman sosial Instagram ini sekali lagi bermain teka teki mengenai status hubungan cinta mereka.

 

Ini yang mana sekejap mereka mengumumkan sudah putus dan kembali bersama semula kerana sering kali berkongsi emosi serta memperli satu sama lain di laman sosial.

 

Dikhabarkan bahawa kedua mereka mempunyai kekasih gelap masing-masing yang sekali gus menyumbang kepada keretakan hubungan cinta mereka.

 

Selebriti wanita tersebut yang pernah menafikan orang ketiga dalam hubungan mereka sebenarnya memang berkawan rapat dengan pelakon lelaki itu.

 

Namun pihak BH Online belum mempunyai sebarang bukti untuk mengupas lebih lanjut perihal ini.

 

Dakwaan yang dilemparkan kepada mereka juga berasas kerana disampaikan oleh sumber yang boleh dipercayai. – BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.