Arsenal Lonjak Tangga Ketiga Liga

London – Dua jaringan menerusi Olivier Giroud dan Tomas Rosicky membantu Arsenal menewaskan Everton 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.

 

Kemenangan itu membolehkan Arsenal mengambil alih kedudukan Manchester United di tempat ketiga liga dengan kelebihan satu mata.

 

Arsenal memperoleh jaringan pertama pada minit ke-39 menerusi Giroud.

 

Gol kedua Arsenal dijaringkan ketika permainan berbaki seminit menerusi Rosicky pada minit ke-89.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.