Anak Saudara Bekas Ketua Menteri Sabah Mati Dikelar

KOTA KINABALU: Anak saudara lelaki bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee terbunuh akibat diserang bekas pekerjanya di timur daerah Lahad Datu, Ahad.

 

Mangsa, Darren Kong mati akibat dikelar berulang kali di kepala, leher dan tangan dalam kejadian pukul 5 petang di Asia Cafe milik mangsa.

 

Kejadian berlaku pada hari lahirnya yang ke 36.

 

Ketua Polis Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamza Ahmad berkata, pihaknya menahan lelaki warga asing berusia 37 tahun, kira-kira sejam selepas kejadian itu.

 

Beliau berkata, lelaki yang empat tahun bekerja dengan Kong bersemuka dengan majikannya berhubung isu gaji.

 

“Berlaku pertengkaran dan suspek mengeluarkan pisau mata lebar dan menyerang Darren menggunakan senjata itu.

 

“Kami memohon reman tujuh hari terhadap suspek untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

 

Saksi memberitahu, ibu Kong, Yong Tet Moi berada di premis berkenaan ketika kejadian dan bertindak melemparkan kerusi kepada suspek apabila melihat anaknya diserang.

 

Kong dikatakan dapat melarikan diri daripada suspek hingga ke hadapan premis itu sebelum rebah. – MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.