Anak Lelaki Anwar, Ihsan Enggan Sertai PKR

Kuala Lumpur – Anak lelaki Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menolak perlawaan untuk menyertai parti yang diasaskan oleh bapanya.

 

Mohd Ihsan Anwar, 27 dikatakan hanya berminat menjadi seorang aktivis dan sama sekali tidak akan menyertai sebarang parti politik.

 

Keputusan Ihsan itu dinyatakan oleh kakaknya, Nurul Izzah semasa berucap di hadapan Penjara Sungai Buloh sebagai tanda sokongan terhadap bapanya Sabtu lalu.

 

“Baru-baru ini, Ihsan telah diminta oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin untuk menyertai PKR tetapi dia menjawab tidak.

 

“Namun beliau berikrar untuk terus menjadi seorang aktivis buat selama-lamanya,” jelas Nurul Izzah.

 

Pengumuman itu kemudiannya meninggalkan pelbagai persoalan mengenai punca sebenar di sebalik keengganan Ihsan untuk aktif di dalam PKR.

 

Ihsan yang bekerja sebagai pensyarah di New York, Amerika Syarikat sejak dahulu dilihat lebih banyak berdiam diri dan enggan mengulas isu liwat yang melibatkan Anwar.

 

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan pada bulan lalu menolak rayuannya dan mengekalkan sabitan atas kesalahan meliwat pembantu peribadi sendiri.

 

Sementara itu tinjauan SuaraTV mendapati rata-rata pengguna media sosial memuji keputusan Ihsan yang itu yang disifatkan sebagai tindakan bijak.

 

Rata-rata mendakwa sekiranya Ihsan memilih untuk menceburi arena politik PKR, ia hanya akan menguatkan lagi pandangan masyarakat berhubung isu nepotisme yang dikaitkan dengan parti itu.

 

‘Imej ‘bersih’ Ihsan selama ini juga akan turut tercemar dengan ‘sepak-teranjang’ politik yang penuh dengan pendedahan yang kadang kala bersifat peribadi dan mengaibkan” ujar salah seorang penyokongnya di laman Facebook.

 

Menurut Ayumi Nadyia, politik dalaman PKR tidak lagi bersih seperti awal penubuhannya kerana masing-masing sudah mula berebut jawatan dan saling ‘londeh-melondeh’ sehingga menyebabkan masyarakat merasa jijik dan bosan.

 

“Semasa awal penubuhan PKR, ramai yang berminat dan menyatakan sokongan namun sejak kebelakangan ini rakyat sudah mula merasa jijik dan bosan.

 

“Lihat apa jadi dalam mesyuarat pemilihan parti, mereka saling bergaduh dan ada yang bertindak keterlaluan dengan memukul rakan-rakan di dalam parti paling mengecewakan apabila isu-isu moral dan peribadi turut didedahkan kepada umum hanya kerana ingin membunuh musuh politik” ujarnya lagi.

 

Menurut Ayumi pelbagai skandal turut didedahkan antaranya kes yang melibatkan Timbalan Presiden, Azmin Ali dan Nurul Izzah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.