Buaya Gua Abanda: Buaya Oren yang Hidup Dalam Kegelapan

- Advertisement -

GABON: Jauh di dalam sistem gua Abanda, di Wilayah Ogooue-Maritime, Gabon, sekumpulan buaya kerdil oren menjalani kehidupan yang luar biasa. Tidak seperti buaya lain yang mendiami sungai, reptilia ini hidup sepenuhnya dalam kegelapan, memakan kelawar dan cengkerik, serta berenang dalam kolam najis kelawar!

Tidak dapat dipastikan berapa jumlah sebenar buaya gua ini atau sejak bila mereka mula tinggal di persekitaran ekstrem ini. Namun, saintis percaya mereka telah berada di sana selama ribuan tahun, dan yang lebih menarik—buaya ini mungkin sedang berevolusi menjadi spesies baru!

Kajian pertama mengenai buaya gua ini hanya bermula pada 2010, diikuti penyelidikan lebih lanjut pada 2016. Saintis mendapati beberapa perbezaan ketara antara buaya gua dan buaya yang hidup di sungai.

Diet Berbeza: Buaya gua ini hampir sepenuhnya bergantung kepada kelawar dan cengkerik, berbanding buaya hutan yang memakan pelbagai jenis haiwan kecil.

Lebih Sihat & Bertenaga: Walaupun hidup dalam persekitaran gelap, buaya ini dalam keadaan fizikal lebih baik berbanding buaya lain. Saintis percaya ini disebabkan oleh sumber makanan yang banyak dan ketiadaan pemangsa.

Hidup Terasing: Anak-anak buaya dipercayai dilahirkan di pintu gua, dan setelah mencapai usia matang, mereka masuk ke dalam gua dan jarang keluar semula sepanjang hidup mereka.

Mengapa Buaya Ini Bertukar Warna Oren?

Salah satu ciri paling menarik mengenai buaya gua ini ialah kulit mereka yang bertukar menjadi oren apabila mencapai usia dewasa.

Menurut saintis Matthew Shirley dari Florida International University, warna oren ini mungkin kesan daripada pendedahan berterusan kepada najis kelawar yang kaya dengan urea. Dalam tempoh masa tertentu, bahan kimia ini mungkin menyebabkan pemutihan kulit buaya gua, menjadikan mereka unik berbanding buaya lain.

Adakah Buaya Gua Ini Sedang Berevolusi?

Kajian genetik menunjukkan bahawa buaya gua Abanda berbeza secara genetik daripada buaya hutan, menandakan kemungkinan mereka sedang mengalami proses evolusi ke arah spesies baru.

Menurut penyelidik Richard Oslisly dari Institut Penyelidikan Pembangunan Perancis, DNA buaya gua ini mengandungi haplotip unik yang tidak wujud dalam buaya hutan. Ini bermakna buaya gua Abanda mungkin sedang mengalami mutasi genetik, yang akhirnya boleh menjadikan mereka spesies berbeza daripada buaya lain di dunia.

“Kerana mereka terasing dan hanya sedikit individu yang keluar masuk gua, mereka kini dalam proses menjadi spesies baru,” kata Shirley kepada National Geographic.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat