Bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid di Selangor

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KAJANG – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyalurkan Bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM127, 311,600 dan akan diagihkan kepada 848,744 murid di 933 buah sekolah di Selangor.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata demikian ketika menghadiri majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan penyerahan cek cura BAP 2024 di Dewan Chen Choy & Chin Mooi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yu Hua di sini pada Jumaat.

“Wang BAP sebanyak RM150 yang diberikan kepada setiap murid dapat membantu meringankan dan mengurangkan bebanan perbelanjaan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi baharu persekolahan,”katanya lagi.

“BAP bagi setiap murid itu perlu disalurkan sepenuhnya kepada ibu bapa tanpa sebarang bentuk pemotongan, ”tegasnya.

Menerusi Bajet 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Oktober lalu, sebanyak RM788.13 juta diperuntukkan khusus untuk tujuan BAP untuk murid-murid sekolah di seluruh negara.

Bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) itu akan disalurkan bermula Januari 2024, memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta murid – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat