Pahang Kekal Tema ‘This Is Pahang-Unlimited’ Untuk Tarik Pelancong

- Advertisement -

KUANTAN – Tema ‘This is Pahang’ dan ‘This is Pahang-Unlimited’ diperkenalkan kerajaan Pahang pada tahun 2021 dan tahun lalu bagi menarik pelancong ke negeri ini akan dikekalkan.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, pengekalan tema itu adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk merekodkan kira-kira 13 juta pelancong berkunjung ke Pahang tahun ini.

“Tidak ada perubahan (tema) dan kita teruskan semua perancangan sebelum ini bagi membantu pemain industri pelancongan di Pahang.

“Selain itu, ia juga dapat memastikan kesinambungan kempen dan promosi dijalankan sejak dua tahun lalu untuk memastikan industri pelancongan yang terjejas teruk akibat COVID-19 segera pulih,” katanya dalam sidang media selepas majlis ramah mesra bersama penggiat industri pelancongan negeri Pahang di sini, hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Tourism Malaysia Pahang, Kamaruddin Ibrahim.

Pelancaran tema ‘This is Pahang’ dilakukan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Mac 2021.

Pemilihan tema itu dibuat untuk membantu sektor pelancongan domestik selain memperkenalkan produk pelancongan baharu di Pahang.

Tema ‘This is Pahang-Unlimited’ pula dilancarkan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah pada Januari tahun lalu.

Yu Man berkata, penggunakan tema itu juga membantu melonjakkan jumlah kemasukan pelancong ke Pahang.

Seramai 2 juta pelancong direkodkan mengunjungi Pahang pada tahun 2021 dan tahun lalu jumlah itu meningkat kepada 10.18 juta.

“Jadi, kita kekalkan tema itu di samping merancakkan lagi promosi bagi menarik lebih ramai pelancong domestik atau luar negara untuk menjadikan Pahang sebagai destinasi pilihan utama mereka,” katanya lagi.

Sementara itu, Yu Man turut memberitahu kerajaan Pahang sudah bersetuju untuk mengiklankan produk pelancongan dimiliki Pahang dalam majalah ‘Going Places’ Malaysia Airlines bermula April ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat