MOTAC Tolak Dakwaan Agensi Umrah Borong Tiket Secara Pukal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menolak mendakwa bahawa terdapat agensi umrah memonopoli pembelian tiket penerbangan secara pukal.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MOTAC, perkara ini dikatakan menjadi punca sekatan peluang syarikat atau individu lain untuk mendapatkan tiket bagi tujuan mengerjakan umrah.

“Dalam masa yang sama terdapat dakwaan bahawa sebahagian besar tiket penerbangan itu yang sepatutnya diberikan keutamaan kepada jemaah Malaysia, telah dijual kepada jemaah negara jiran.

“Situasi ini dikatakan menjadi antara punca berlakunya kesukaran untuk mendapatkan tiket penerbangan yang secara tidak langsung menaikkan lagi kos pakej umrah sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Berikutan itu, MOTAC telah mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bersama Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

Mesyuarat pada 31 Januari 2023 yang lepas itu juga turut dihadiri Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Suruhanjaya Persaingan (MYCC), Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan AMAL by Malaysia Airlines (AMAL), Persatuan Syarikat Pengendali Pelancongan Bumitra (BUMITRA), Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (PAPUH).

“Ahli Mesyuarat berpandangan bahawa harga tiket umrah yang ditawarkan oleh AMAL adalah pada kadar harga yang munasabah dan berpatutan.

“Dalam pada itu, AMAL sebagai sebuah entiti yang berperanan untuk menguruskan penjualan tiket umrah di dalam negara, menyasarkan Malaysia sebagai hab penerbangan umrah serantau, turut menjual tiket penerbangan umrah kepada jemaah dari negara-negara jiran khususnya Indonesia,”katanya.

Walau bagaimana pun, jelas kenyataan itu bilangan yang dijual kepada jemaah Indonesia ini hanyalah sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan kapasiti yang sedia ada.

“Manakala, baki 90% adalah ditawarkan kepada jemaah Malaysia yang mana masih mencukupi untuk ditempah oleh agensi pengurusan umrah dan juga rakyat Malaysia.

“Dakwaan yang menyatakan bahawa wujudnya monopoli kepada beberapa syarikat tertentu dan kelebihan diberikan kepada jemaah Indonesia adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Pihak AMAL diminta meneliti semula keseragaman pembahagian tiket penerbangan umrah bagi memastikan semua syarikat pengendali umrah tempatan yang dilesenkan oleh MOTAC mendapat peluang yang lebih terbuka.

Tindakan ini bertujuan memberi manfaat secara langsung kepada orang ramai yang ingin mengerjakan umrah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat