Gelaran bukan lambang kemuliaan – Mohamad Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Soal gelaran bukanlah bermakna kedudukan seseorang itu dimuliakan atau direndahkan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan, perkara yang lebih penting ialah sama ada bergelar atau tidak seseorang itu mesti bekerja dan berbakti kepada masyarakat untuk menegakkan perkara makruf serta keadilan, menentang segala bentuk kezaliman, menonjolkan akhlak mulia yang dilihat orang ramai sebagai orang yang berbakti kepada masyarakat.

“Gelaran yang diberi oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu serta Gabenor-Gabenor Negeri adalah tanda penghormatan yang diberi kepada seseorang. Kita mengalu-alukan penghormatan yang diberi itu.

“Pada saya, kemegahan atau kehinaan, kejayaan atau kegagalan seseorang itu bukanlah bergantung kepada gelaran yang diterima itu. Ia bergantung kepada usaha-usaha murni yang dilakukan dengan konsisten pada setiap masa,” jelas Presiden Amanah itu dalam hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Dalam pada itu kata beliau, ada rakan pernah berkata padanya, orang Melayu amat menghormati mereka yang bergelar dengan gelaran yang tinggi.

“Jawapan saya, dalam politik dan pilihan raya, ada yang bergelar Tun, Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk ditolak oleh rakyat dan kalah di tangan orang biasa,” kata Mohamad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat