Bung tak buru jawatan cuma mahu ubah nasib rakyat Sabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berikrar mengubah nasib rakyat Sabah yang sudah berpuluh tahun menderita di bawah pimpinan yang tidak memikirkan kepentingan rakyat.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga menyatakan kesediaan menggalas tugas dan amanah yang berat demi membangun rakyat Sabah.

“Umno sebuah parti keramat, pemimpin datang dan pemimpin pergi, tetapi matlamat perjuangan tetap diteruskan untuk membangun negeri Sabah dan membela untung nasib rakyat.

“Saya pasrah dan tidak akan mengalah dengan kemungkaran pentadbiran yang tidak betul, jawatan bukan yang saya dan rakan- rakan buru.

“Pada saya, rakyat Sabah wajib dan berhak menerima perubahan setelah berpuluh-puluh tahun menderita di bawah pimpinan yang tidak memikirkan dan kepentingan rakyat.

“Saya bersedia menggalas tugas dan amanah yang berat sekali pun demi membangun rakyat Sabah,” ujarnya dalam kenyataan, semalam.

ADUN Lamag itu juga memaklumkan banyak parti yang telah ditubuh di Sabah namun akhirnya hilang begitu sahaja kerana perjuangan mereka bermatlamat sekadar untuk mendapatkan kuasa.

“Umno bukan hanya sebuah parti, tetapi Umno adalah sebuah perjuangan, banyak parti telah diwujudkan di Sabah seperti cendawan tumbuh selepas hujan, namun mereka akan pudar dan tidak bertahan, sebab mereka berjuang untuk mendapatkan kuasa.

“Apabila mendapat kuasa rakyat diabaikan, sebab itulah parti parti tempatan yang dibanggakan tidak bertahan lama.

“Saya sudah melihat berpuluh-puluh parti di Sabah yang telah ditubuhkan akhirnya hilang begitu sahaja, sebab apabila perjuangan mendahulukan tuntutan peribadi, maka matlamat asal sudah diketepikan,” bidas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat